Fish

Friday, 21 September 2012

SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 4:KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MEKAH

4.1.png
Istilah jahiliah berasal daripada perkataan bahasa Arab, Jahala yang membawa maksud jahil dan tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Bagi perkataan jahil membawa maksud tidak tahu, manakala jahil murakkab membawa maksud yang lebih tepat iaitu tidak tahu apa-apa atau bodoh sombong.
Istilah jahiliah ini dipopularkan oleh umat Islam untuk menggambarkan tentang perubahan dan pembaharuan yang telah dibawa oleh Islam dalam usaha mencorakkan kehidupan dan pemikiran masyarakat. Masyarakat Arab Jahiliah pula membawa maksud masyarakat yang mendiami kawasan di Semenanjung Tanah Arab, muncul selepas keruntuhan Empangan Maarib di Sabak.
MAKSUD JAHILIAH.jpg
CIRI-CIRI JAHILIAH.jpg
Kemunculan Islam apabila turunnya wahyu Allah S.W.T yang pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Era Arab Jahiliah boleh dirumuskan selama 310 tahun iaitu dari tahun 300 Masihi hingga 610 Masihi. Mereka ini digelar masyarakat Arab Jahiliah kerana menolak kebenaran dan tidak mahu mengikut ajaran nabi-nabi dan rasul-rasul sebelum Nabi Muhammad S.A.W. lagi.
Mereka menolak ajaran yang dibawa oleh nabi-nabi seperti Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Musa dan Nabi Isa. Malah zaman jahiliah turut dianggap sebagai zaman kegelapan kerana masyarakat Arab Jahiliah menyembah berhala dan menganut kepercayaan animisme. Mereka hidup dalam keadaan terumbang-ambing khususnya semasa ketiadaan para nabi atau rasul dan ketiadaan kitab suci yang boleh dijadikan panduan dan pegangan.
Dari segi akhlak pula amat lemah dan rendah moral kerana mereka mengamalkan akhlak keji seperti kejam, angkuh dan sombong, meminum arak dan melakukan zina. Apabila Islam muncul, sedikit demi sedikit masyarakat Arab Jahiliah mula menerima perubahan dan mempelajari ajaran Islam serta melakukan perubahan. Proses perubahan ini akhirnya menjadikan mereka manusia bertamadun dari segi dunia dan juga akhirat.
Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliah
Masyarakat Arab Jahiliah boleh dikategorikan kepada dua golongan iaitu masyarakat Badwi dan masyarakat Hadari. Masyarakat Badwi mendiami kawasan gurun dan pendalaman iaitu di bahagian tengah Semenanjung Tanah Arab. Masyarakat Hadari pula mendiami kawasan pesisir pantai Semenanjung Tanah Arab.
MASYARAKAT ARAB JAHILIAH.jpg
Perbezaan lokasi penempatan ini membawa kepada perbezaan cara hidup dan pencapaian kemajuan mereka. Ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab Jahiliah dapat dilihat dari segi agama, ekonomi, sosial, kepercayaan dan nilai kehidupan yang diamalkan. Mengamalkan perbuatan tidak bermoral seperti berjudi, mabuk dan berzina.
Bagi masyarakat Arab Jahiliah beranggapan bahawa lelaki yang meminum arak sehingga mabuk adalah lelaki sejati. Kedudukan wanita dalam masyarakat Arab Jahiliah adalah rendah, malah tidak layak mewarisi harta pusaka. Ada di antara mereka yang bertindak membunuh anak perempuan apabila dilahirkan dengan cara menanam mereka hidup-hidup. Bagi masyarakat Arab Jahiliah, anak perempuan boleh menjatuhkan maruah keluarga.
Dari segi perkahwinan, tidak ada adat khusus malah seorang lelaki boleh berkahwin dengan beberapa orang wanita pada sesuatu masa. Perdagangan merupakan kegiatan utama dan tidak ada peraturan khusus malah amalan riba dan penindasan berleluasa. Para peniaga lebih mementingkan keuntungan dan kekayaan semata-mata. Amalah rompakan kafilah berleluasa. Kegiatan ini dibenarkan dalam masyarakat Arab Jahiliah.
Isitilah khafilah membawa pengertian kumpulan manusia yang bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan tujuan perniagaan atau perpindahan tempat tinggal. Dari segi kepercayaan pula, terdapat empat bentuk kepercayaan iaitu:
empat bentuk kepercayaan.jpg
Terdapat juga sebahagian kecil masyarakat Arab Jahiliah berpegang kepada agama Hanif.
agama Hanif.jpg
Pengikut ajaran agama Hanif.jpg
Kira-kira 3500 tahun, agama Hanif dilupakan secara beransur-ansur oleh masyarakat Arab Jahiliah. Malah ada juga dalam kalangan masyarakat Arab Jahiliah mencampuradukkan amalan agama Hanif dengan amalan tradisi mereka. Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan Sistem Kabilah yang mengamalkan kehidupan berpuak dan bersuku-suku atau berkelompok. Setiap kabilah mempunyai suku tertentu dan mereka mendiami sesuatu kawasan. Setiap kabilah mempunyai peraturan tersendiri dan anggota kabilah terlalu taksub dan fanatik kepada kabilah masing-masing.
Malah mereka diketuai oleh seorang Syeikh sebagai lambang kekuatan dan perpaduan. Syarat menjadi Syeikh pula mesti disukai ramai oleh anggota kabilah serta menunjukkan kematangan seperti gagah, berani dan pandai berpidato. Amalah sistem kabilah telah menimbulkan impak negatif kerana menyemarakkan semangat assabiah.
Semangat assabiah ini berpunca daripada struktur kabilah yang berasaskan keturunan dan tinggal dalam satu puak sahaja. Malah mereka terikat dengan peraturan kabilah masing-masing. Lantaran itu, keadaan ini telah menyemarakkan lagi semangat perpuakan sehingga sanggup menuntut membela terhadap puak masing-masing.
Keadaan ini turut disebabkan oleh kedudukan penempatan mereka yang berpadang pasir, panas dan kering. Lantaran itu mereka mesti bersama-sama dalam menghadapi cabaran kehidupan, justeru itu hubungan sesama mereka sangat rapat. Pemupukan semangat kesukuan ini menyebabkan masyarakat Arab Jahiliah sentiasa dalam keadaan kucar-kacir dan sering menimbulkan persengketaan dalam kalangan mereka. Peperangan antara suku-suku Arab sering berlaku dan kadang-kadang atas alasan yang terlalu kecil. Peperangan al-Basus membuktikan dakwaan ini.
Peperangan al-Basus.jpg
Rumusannya, semangat assabiah merupakan semangat perpuakan yang terlalu fanatik dan sering menyebabkan berlakunya peperangan. Lantaran itu dalam sebuah negara yang berbilang bangsa masalah toleransi dan persefahaman mesti di utamakan. Kepentingan negara mesti didahulukan daripada kepentingan bangsa tertentu. Barulah keamanan dapat direalisasikan.


4.2.png 



Nabi Muhammad S.A.W. berasal dari keturunan Bani Hashim. Baginda merupakan waris pemimpin Makkah yang terkenal iaitu Qusai bin Kilab. Qusai bin Kilab merupakan pemimpin Quraisy yang mentadbir Kota Makkah, Kaabah dan Telaga Zam-Zam. Beliau memerintah Makkah kira-kira 100 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.
Keturunan baginda memang terkenal sebagai keluarga pentadbir yang baik. Malah mahir dalam urusan perniagaan. Bermula dari Qusai, Abdul Manaf, Hasyim, Abu Mutalib iaitu datuk nabi merupakan peneraju kepimpinan Makkah pada zaman Jahiliah. Jurai keturunan Nabi Muhammad S.A.W. seperti rajah di bawah
Asal keturunan Nabi Muhammad S.A.W.jpg
Asal keturunan Nabi Muhammad S.A.W
Nabi Muhammad S.A.W. berketurunan Bani Quraisy, kaum yang sangat dihormati oleh masyarakat Arab Jahiliah. Nama penuh baginda ialah Muhammad bin Abdullah. Bapa baginda ialah Abdullah bin Abdul Mutalib dan ibunya bernama Aminah binti Wahab. Baginda dilahirkan pada 20 April tahun 570 Masihi bersamaan 12 Rabiulawal tahun Gajah. Dilahirkan di rumah datuknya iaitu Abdul Mutalib bin Hasyim. Kemudian diberikan nama Muhammad yang membawa maksud terpuji.
Baginda merupakan anak yatim kerana bapa baginda meninggal dunia ketika beliau masih dalam kandungan ibunya. Setelah dilahirkan baginda diserahkan kepada Sa’adiah untuk dipelihara dan disusukan. Ketika berusia enam tahun, ibu baginda pula meninggal dunia. Lalu baginda dipelihara oleh datuknya iaitu Abdul Mutalib bin Hasyim.
Apabila Abdul Mutalib meninggal dunia beliau dipelihara pula oleh bapa saudaranya iaitu Abu Talib bin Abdul Mutalib. Ini bermakna baginda telah menjadi yatim piatu pada usia 6 tahun. Sejak kecil, baginda sudah melalui kehidupan yang cukup sedih dan mencabar serta melalui pelbagai pengalaman hidup.
Pada usia kecil baginda sudah berpengalaman mengembala kambing dan ketika berusia 12 tahun baginda telah mengikuti rombongan perniagaan bapa saudaranya iaitu Abu Talib ke Syam, yang terletak di utara Semenanjung Tanah Arab. Pengalaman ini amat penting dalam menimba ilmu pengetahuan baginda. Dalam perjalanan ke Syam, rombongan tersebut singgah di Basrah dan telah diramalkan oleh seorang pendeta Nasrani bernama Buhaira bahawa baginda akan diangkat menjadi rasul. Beliau berpesan agar baginda dijaga dengan baik kerana ditakuti akan dibunuh oleh orang Yahudi. Lantaran itu, Abu Talib segera membawa Nabi Muhammad pulang ke Makkah.
Pada usia 20 tahun, baginda telah cekap berniaga dan menjadi ahli perniagaan yang disegani. Atas nasihat Abu Talib, mencadangkan agar baginda memiliki perniagaan tetap maka bapa saudaranya mencadangkan menjadi pedagang dan menjalankan perniagaan Khadijah binti Khuwailid. Khadijah binti Khuwailid merupakan seorang wanita baik dan diberikan gelaran sebagai al-thaharah (bersih) kerana semasa hayatnya sama ada sebelum Islam atau selepas memeluk Islam beliau tidak pernah terlibat dengan perbuatan maksiat.
Baginda menguruskan perniagaan Khadijah bersama-sama dengan Maisarah, iaitu hamba kepada Khadijah. Dengan berbekalkan sifat pekerti yang baik dan terpuji, sifat amanah serta jujur dalam menjalankan perniagaan Khadijah maka Khadijah terus memberikan modal yang lebih besar kepada baginda untuk memulakan perniagaan sendiri.
Kebijaksanaan dan kelembutan tutur bicara serta bijak menarik hati pelanggan maka perniagaannya berkembang pesat dan memperoleh keuntungan berlipat ganda. Keluhuran budi pekerti dan kebijaksanaan Nabi Muhammad S.A.W. berniaga menyebabkan Khadijah memandang tinggi dan menghormati baginda. Hubungan ini akhirnya membawa kepada perkahwinan antara mereka. Ketika itu Khadijah sudah berusia 40 tahun dan Nabi Muhammad berusia 25 tahun.
Zuriat Nabi Muhammad S.A.W dengan Siti Khadijah.jpg
Zuriat Nabi Muhammad S.A.W dengan Siti Khadijah
Perkahwinan antara Nabi Muhammad S.A.W. dengan Khadijah binti Khuwailid telah dikurniakan 7 orang cahaya mata iaitu empat orang puteri dan tiga orang putera. Sayangnya kesemua putera baginda meninggal dunia pada usia muda. Manakala puteri baginda, Fatimah binti Muhammad berkahwin dengan Ali bin Abi Talib dan dikurniakan dua orang putera iaitu Hassan dan Hussein.
Keperibadian Nabi Muhammad S.A.WKeperibadian Nabi Muhammad S.A.W
Baginda memiliki empat sifat terpuji iaitu
empat sifat terpuji.jpg
Sifat siddiq (berkata benar) baginda diakui oleh masyarakat Arab Jahiliah khususnya orang Arab Quraisy semasa baginda berdakwah tentang Islam di Kota Makkah. Malah baginda digelar Al Amin oleh orang Arab Quraisy kerana perkataan dan amalan baginda sentiasa dipercayai dan baginda tidak pernah berbohong sejak kecil. Gelaran Al Amin sudah menjadi sebati dengan masyarakat Arab di Kota Makkah sehingga nama Muhammad itu seolah-olah dilupakan.
Sifat amanah (dipercayai) yang dimiliki oleh baginda sehinggakan Khadijah binti Khuwailid menyerahkan modal besar untuk baginda berniaga. Malah setelah baginda dilantik sebagai rasul, baginda telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menyampaikan Islam kepada masyarakat Arab di Kota Makkah. Kewibawaan baginda terserlah sebelum beliau dilantik menjadi rasul lagi iaitu ketika berusia 35 tahun. Baginda berjaya menyelesaikan satu masalah besar yang boleh menyebabkan peperangan besar antara kabilah-kabilah Arab.
Peristiwa tersebut berkaitan dengan perebutan untuk meletakkan kembali Batu Hajar Aswad ke tempat asalnya setelah dihanyutkan oleh banjir besar. Semua ketua kabilah berebut untuk meletakkan Batu Hajar Aswad dan tidak mahu beralah. Lantaran itu, Nabi Muhammad S.A.W. telah mencadangkan dengan merentangkan kain serban baginda untuk meletakkan Batu Hajar Aswad ditengah-tengah kain tersebut. Kemudian semua ketua kabilah dibenarkan memegang penjuru kain serban tersebut.
Batu Hajar Aswad.jpg
Batu Hajar Aswad
Dengan menggunakan kaedah ini Batu Hajar Aswad dibawa beramai-ramai dan setelah sampai di tepi Kaabah, baginda sendiri mengambil dan meletakkannya kembali di tempat asalnya. Dengan cara ini dapat menggelakkan dari tercetusnya peperangan. Baginda merupakan ketua keluarga yang patut dijadikan idola kerana kepimpinan keluarga dan sifat pengasihnya kepada ahli keluarga.
Baginda sering membantu isteri memasak, menjahit, melayan anak-anak, dan membersihkan rumah. Malah anak-anak diberikan didikan agama secukupnya dan baginda menjadikan dirinya sebagai contoh teladan yang boleh dicontohi. Malah baginda sentiasa menjalani kehidupan serba sederhana, walaupun kedudukan baginda tinggi dalam masyarakat. Hatta baginda sering merendah diri.
Dengan penampilan diri begini menyebabkan baginda mudah berhubung dengan semua lapisan masyarakat sama ada dengan penduduk miskin mahupun kaya. Baginda juga bersifat penyayang kepada golongan tua, dan juga penyayang terhadap kanak-kanak. Dakwaan ini dibuktikan semasa pembukaan Kota Makkah oleh Islam pada tahun 630 Masihi di mana baginda telah menunjukkan sifat pemaafnya dengan cara semua penduduk Kota Makkah yang menyerah diri diberikan keampunan dan dibebaskan.
Sifat Fatanah (bijaksana) dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Buktinya melalui Perjanjian Hudaibiyah tahun 628 Masihi. Perjanjian ini antara umat Islam dengan masyarakat Arab Jahiliah, walaupun gambaran awalnya perjanjian ini seolah-olah memberikan kelebihan kepada masyarakat Arab tetapi kebijaksanaan baginda akhirnya perjanjian ini memberikan kemenangan besar kepada Islam di Kota Makkah. Sebaik sahaja dilantik sebagai rasul, baginda telah memikirkan bagaimana hendak menyelesaikan masalah kegiatan tidak bermoral dalam masyarakatnya.
Baginda telah mengasingkan diri untuk mencari penyelesaian ke atas masalah yang berlaku dalam masyarakat Arab Jahiliah. Baginda mula bertahannuth (mengasingkan diri untuk beribadah) di Gua Hirak yang terletak di Bukit Nur. Pintu Gua Hirak ini berlokasi mengadap Kaabah dari puncak bukit tersebut. Baginda menyerahkan diri beribadah kepada Allah untuk mencari ilham bagi menyelesaikan masalah kaum Quraisy Makkah.
Selepas enam bulan baginda berulang-alik ke Gua Hirak, akhirnya pada 6 Ogos tahun 610 Masihi, bersamaan 17 Ramadhan, ketika berusia 40 tahun, Allah S.W.T. telah menurunkan wahyu pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W. Peristiwa ini menandakan bermulanya era baru dalam sejarah tamadun Arab. Wahyu pertama ini menjadi sempadan pemisah antara Zaman Jahiliah dengan Zaman Islam.
Kerasulan Nabi Muhammad S.A.W
Wahyu pertama, iaitu Surah al-Alaq, ayat 1 – 5 yang memerintahkan seluruh umat Islam agar membaca. Ia menjadi titik tolak dalam perkembangan tamadun masyarakat Arab jahiliah dan seterusnya umat manusia sejagat. Tuntutan membaca mempunyai pengertian cukup luas iaitu menuntut setiap manusia menuntut ilmu atau menambahkan ilmu pengetahuan. Malah ia juga turut menggalakkan manusia membuat kajian dan penyelidikan.
Melalui pembacaan manusia boleh mengetahui dan mengembangkan kemahiran serta mengetahui ilmu-ilmu baru yang boleh membawa manusia ke arah kemajuan dan kecemerlangan. Lantaran itu, manusia boleh menimba dan mengembangkannya untuk kesejahteraan dan bukan sebaliknya. Wahyu kedua, iaitu Surah al-Muddasir, ayat 1 – 7. Wahyu ini merupakan pengisytiharan Nabi Muhammad S.A.W sebagai Rasullullah atau pesuruh Allah yang diamanahkan untuk menyampaikan ajaran Islam.
Perlantikan ini merupakah anugerah Ilahi kepada umat manusia sejagat dan bangsa Arab khususnya. Lantaran itu, Islam yang disampaikan melalui Rasullullah amat terancang dan berjaya mengislamkan hampir keseluruhan masyarakat Arab Jahiliah. Setelah menerima wayhu pertama dan kedua, baginda terus menerima wahyu demi wahyu sehingga lengkapnya sebuah kitab suci umat Islam iaitu Al Quran.
Langkah pertama baginda ialah memperbetulkan aqidah dan kehidupan masyarakat sekelilingnya. Di tahap ini usaha baginda ialah menanamkan keimanan kepada Allah Yang Maha Esa. Malah baginda menyeru mereka meninggalkan amalan keji seperti menindas sesama manusia, membunuh, berzina dan mencuri. 

4.3.png 

Penyebaran Islam dilakukan secara berperingkat-peringkat iaitu
Peringkat penyebaran Islam.jpg
Peringkat penyebaran Islam
Dakwah secara rahsia dijalankan dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai serta kaum kerabat keluarga baginda sahaja. Dakwah secara terang-terangan hanya dilakukan setelah baginda menerima wahyu perintah berdakwah dari Allah. Dakwah secara rahsia dijalankan dalam kalangan ahli keluarga, sahabat-handal dan anggota kaum keluarga yang rapat maka hasilnya empat orang memeluk Islam
empat orang memeluk Islam.jpg
Melalui Abu Bakar Al Siddiq pula berjaya mengislamkan
Pengislaman melalui Abu Bakar al Siddiq.jpg
Pengislaman melalui Abu Bakar al Siddiq
Al Arqam bin Abu Arqam telah menjadikan rumahnya sebagai markas gerakan Islam atau pusat kegiatan Islam yang pertama di Makkah. Usaha dakwah ini berhasil mengembangkan Islam secara meluas walaupun secara rahsia.
Al Arqam bin Abu Arqam.jpg
Hasil yang membanggakan ini menuntut pengorbanan baginda dan pengikut-pengikut awal Islam untuk berusaha menyebarkan Islam. Ketinggian akhlak Nabi Muhammad S.A.W. dan kejujuran yang diperlihatkan oleh para sahabat telah berjaya menyakinkan masyarakat pada peringkat awal perkembangannya. Malah beberapa golongan bangsawan turut menerima Islam seperti Khadijah binti Khuwailid dan Abu Bakar Al Siddiq serta Uthman bin Al Arffan.
Dakwah secara terbuka kepada keluarga Abu Mutalib iaitu kaum kerabat baginda dijalankan setelah turunnya wahyu yang meminta baginda melakukannya. Untuk melaksanakan tanggungjawab ini, baginda telah bermusyawarah dengan para sahabat dan keputusannya baginda mengadakan perjumpaan dan penerangan di rumah Ali bin Abi Talib. Dalam ceramah tersebut, baginda memberikan penerangan tentang ajaran Islam. Dalam usaha dakwah ini ada yang menerima dan ada juga yang menentang. Orang yang paling kuat menentang ialah Abu Lahab, bapa saudara baginda.
Manakala dakwah secara terang-terangan untuk seluruh masyarakat Arab Jahiliah dilakukan di Bukit Safa, Makkah, setelah Allah mewahyukan ayat 94, Surah al-Hijr. Dalam perjumpaan tersebut semua ketua kabilah hadir, antaranya ialah
Perjumpaan di Bukit Safa, Makkah.jpg
Perjumpaan di Bukit Safa, Makkah
Majlis perjumpaan itu menjadi hangat dengan perbahasan hebat antara Nabi Muhammad S.A.W. dengan Abu Lahab. Lantaran itu, usaha dakwah terganggu dan baginda turut dihina.
Abu Lahab bin Abdul Mutalib.jpg
Rumusannya, Islam yang disebarkan melalui beberapa peringkat dan dengan kaedah ini akhirnya berjaya mengembangkan Islam dengan sokongan kuat mereka yang memeluk Islam.

4.4.png 

Di awalnya, orang Arab Quraisy tidak berapa mengendahkan perkembangan Islam di Kota Makkah kerana perkembangannya hanya dalam kalangan keluarga Nabi Muhammad S.A.W. sahaja. Mereka tidak menyangka bahawa perkembangan ini semakin menggalakkan setelah disambut oleh sebahagian masyarakat Arab Quraisy. Namun, setelah Islam disebarkan secara terang-terangan dan mula berjaya menambat hati orang ramai maka orang Arab Quraisy mula bertindak.
Penerimaan Terhadap Islam
Walaupun berlaku penentangan dari bangsa Arab Quraisy, namun dakwah Islam tetap berkembang di Makkah. Malah menimbulkan kesan positif kepada masyarakat Arab Quraisy. Ahli keluarga dan sahabat handal merupakan penerima awal Islam. Malah melalui strategi ini baginda berjaya mengembangkan Islam di Kota Makkah. Walaupun pada awalnya pengikut Islam tidak ramai tetapi ia memperlihatkan perkembangan.
Malah pada peringkat awal perkembangan Islam berlaku dalam kalangan golongan bawahan seperti golongan hamba dan miskin. Lantaran itu, golongan hamba sering diseksa dengan kejam oleh tuan mereka, namun kerana keimanan mereka tetap bersama Islam. Antara mereka ialah
Golongan hamba yang menerima Islam.jpg
Golongan hamba yang menerima Islam
Bilal bin Rabah.jpg
Mereka ini ditindas dan diseksa dengan kejam. Begitu juga nasib yang menimpa Keluarga Yassir seperti dijemur tengah padang pasir sehingga Yassir dan isterinya Sumaiyah mati syahid. Manakala Amir bin Fuhairah pula diseksa oleh tuannya sehingga gila. Zunainah pula diseksa oleh Abu Lahab sehingga matanya buta. Namun Islam berkembang dengan pesat kerana kemurnian ajarannya dan kebijaksanaan baginda menyebarkan Islam.
Melalui usaha dakwah yang bijaksana ini akhirnya Islam diterima bukan sahaja dalam kalangan masyarakat Arab Quraisy tetapi turut diterima oleh umat manusia seluruh dunia kemudiannya. Penerimaan ini berjaya merubah masyarakat Arab kepada akhlak yang lebih terpuji sesuai dengan ajaran Islam dari amalan akhlak keji yang diamalkan sebelum ini.
Malah setiap pertanyaan akan dijawab dengan menggunakan ayat-ayat Al Quran kemudian barulah diberikan penerangan. Keimanan dijadikan pegangan dan kekayaan harta benda hanyalah bersifat sementara dan tidak kekal. Lantaran itu, umat Islam dididik melakukan pengorbanan kerana ia merupakan kunci kepada kejayaan Islam di dunia dan juga akhirat.
Selain itu, keperibadian Nabi Muhammad S.A.W. turut berjaya menjadi faktor utama Islam diterima oleh masyarakat Arab Quraisy dan umat manusia serata dunia. Kekuatan mental, fizikal, dan kerohanian merupakan kunci kejayaan. Lantaran itu, manusia hari ini harus kembali kepada ajaran Islam yang syumul agar mencontohi keperibadian Nabi Muhammad S.A.W. untuk mencapai kejayaan yang bersifat kekal dan selama-lamanya.
Penentangan Terhadap Islam
Pelbagai rintangan dan cabaran terpaksa dihadap oleh mereka yang memeluk Islam. Malah Nabi Muhammad S.A.W. turut diganggu dan diancam bunuh. Diganggu dengan pelbagai benda kotor diletakkan ke atas baginda ketika sedang solat. Malah baginda juga dirancangkan untuk dibunuh oleh kaum Quraisy Makkah. Islam ditentang walaupun mereka mengakui tentang keperibadian Muhammad. Penentangan ini dilakukan kerana faktor-faktor berikut
a) Perbezaan dari segi kepercayaan dan amalan antara masyarakat Arab Jahiliah dengan ajaran Islam.
b) Ajaran Islam mengajar tentang keesaan terhadap Allah S.W.T.
c) Masyarakat Arab Jahiliah percaya kepada amalan turun-temurun iaitu menyembah berhala dan percaya kepada agama animisme.
d) Islam juga ditentang kerana menganjurkan persamaan taraf manusia.
e) Mereka menolak konsep bersaudara yang dianjurkan oleh Islam.
f) Tidak ingin menghapuskan amalan keji seperti mencuri, dan menindas.
g) Sudut politik, mereka menentang Nabi Muhammad S.A.W. kerana takut kedudukan mereka sebagai pemimpin Makkah akan tergugat.
h) Sejak dahulu lagi masyarakat Arab berebut-rebut menjadi ketua, inikan pula tunduk dan menerima baginda.
Penyebaran Islam turut mengugat perkembangan ekonomi masyarakat Arab Quraisy iaitu perniagaan berhala atau industri ukir patung kerana Islam melarang penyembahan patung berhala. Penentangan terhadap Islam dilakukan tanpa henti malah berterusan dan dilakukan dengan pelbagai cara. Penyair Arab juga sering menyindir Nabi Muhammad S.A.W. dan pengikutnya dengan pelbagai sindiran melalui puisi dan syair mereka. Namun, mereka tetap tabah dan bersabar.
Ini membuktikan ketinggian pekerti Nabi Muhammad S.A.W. tanpa rasa kecewa dan putus asa. Apabila kaedah kekerasan tidak berjaya melemahkan umat Islam maka mereka cuba memujuk Nabi Muhammad S.A.W dengan cara menawarkan harta yang banyak, wanita dan pangkat. Tawaran demi tarawan ini ditolak dengan tegas oleh baginda. Bila kaedah pujukan tidak berjaya, mereka melakukan pemulauan terhadap baginda dan keluarganya. Mereka telah mencatatkan dan menggantungkan pengisytiharan pemulauan itu di dinding Ka’abah.
Bentuk Pemulauan terhadap keluarga Nabi Muhammad.jpg
Namun, Abu Talib bin Abdul Mutalib sering melindungi dan membantu baginda. Pemulauan ini berlangsung selama 3 tahun kerana lama-kelamaan ada dalam kalangan kaum Quraisy tidak mengendahkan pemulauan tersebut. Lalu memberikan bantuan kepada orang Islam, khususnya golongan Islam yang kaya membantu yang susah dan miskin. Khadijah binti Khuwailid sanggup menyerahkan seluruh hartanya untuk membantu umat Islam. Malah ramai lagi wanita Islam yang berani dan sanggup berkorban untuk perjuangan Islam yang mereka yakini. Antara wanita itu ialah
Wanita Islam yang berkorban untuk perjuangan Islam.jpg
Wanita Islam yang berkorban untuk perjuangan Islam
Rumusannya, umat Islam tak kira golongan kaya, golongan miskin, golongan berkemampuan, kaum lelaki dan juga kaum wanita mesti berani dan sanggup berkorban demi perjuangan Islam lebih-lebih lagi semasa era kebangkitan Islam.
Aisyah binti Abu Bakar.jpg
Nabi Muhammad S.A.W Menyelesaikan Masalah
Penentangan semakin meningkat apabila Abu Talib, bapa saudara baginda dan Khadijah, isteri baginda meninggal dunia.Tahun kematian ini merupakan tahun kesedihan bagi Nabi Muhammad S.A.W. kerana orang yang disayang meninggal dunia. Namun baginda tetap tabah menghadapi dugaan ini malah mengambil beberapa langkah bijak bagi menyelesaikan masalah umat Islam.
Langkah paling penting dalam sejarah Islam ialah Peristiwa Hijrah, umat Islam melalui dua peristiwa hijrah. Hijrah pertama iaitu membenarkan umat Islam berhijrah ke Habsyah dan keduanya hijrah ke Madinah.
Peristiwa Hjrah ke Habsyah.jpg
Peristiwa hijrah ke Habsyah bagi mendapatkan perlindungan kerana di Kota Makkah baginda dan umat Islam terlalu ditindas. Namun Nabi Muhammad S.A.W. dan Zaid bin Harithah pula merancang untuk berhijrah ke Taif bagi menyebarkan Islam. Tetapi hijrah pertama ini kurang berkesan dan tidak dapat menyelesaikan masalah penindasan terhadap umat Islam. Sebagai Nabi Muhammad S.A.W., baginda tidak pernah putus asa tetapi tetap berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Kesabaran, kecekalan dan sifat tidak putus asa sentiasa mengiringi nabi untuk menjalankan kegiatan dakwah. Lantaran itu, Islam tertus berkembang setiap kali berhadapan dengan dugaan besar. Maka kemudian dari itu Islam berkembang bukan sahaja di tempat lain tetapi turut berkembang pesat di Kota Makkah. Oleh kerana penindasan di Kota Makkah tidak pernah padam malah semakin hari semakin kuat menindas maka Nabi Muhammad S.A.W. membuat keputusan untuk berhijrah ke Kota Madinah. Ini merupakan hijrah kedua dan yang terpenting bagi umat Islam.
Hijrah kedua ini merupakan titik mula kebangkitan dakwah Islam peringkat kedua iaitu zaman keagungan dan kecemerlangan Islam. Malah hijrah kedua ini merupakan perintah dari Allah S.W.T. kepada baginda agar berhijrah ke Kota Madinah. Beginilah sifat seorang pemimpin agung bila berhadapan dengan pelbagai dugaan dan cabaran demi Islam dan masa depan Islam.
Walaupun peringkat awal Islam tidak diterima oleh masyarakat di Kota Makkah namun berkat kesabaran baginda, Islam di Kota Madinah disambut dengan penuh mesra. Peristiwa hijrah ke Kota Madinah berlaku pada tahun 622 Masihi, hijrah ini berjaya apabila suku Aus dan Khazraj menjemput Nabi Muhammad S.A.W. untuk datang dan menyebarkan Islam di Kota Madinah.
Di Kota Madinah, Nabi Muhammad S.A.W. berjaya menyebarkan Islam dengan lebih kondusif dan mesra. Malah masyarakat Madinah boleh menerima Islam dengan mudah. Malah terjalin hubungan erat sesama saudara seIslam iaitu antara puak Ansar dan puak Muhajireen.
puak Ansar dan puak Muhajireen.jpg
Peristiwa hijrah ini merupakan era baru bagi Islam kerana di sini berlaku proses perkembangan Islam tahap seterusnya iaitu Islam menjadi pemerintah apabila Kerajaan Islam Madinah dibentuk.


No comments:

Post a Comment